Wednesday, January 4, 2012

novel-bab-1/yangkutahucintaituindah/lovegoodwishes.



BAB 1


Kringgg....!!!!! jam loceng yang berada di atas kepala katilnya dicapai dan dimatikan
dengan cepat. “lambat lagi kot, nantilah mandi” kata wan elisya malas. Hai., begitulah sikapnya setiap kali hendak bangun pagi.
”schaaa!!!!! Bangun!.. nak jadi apa kau ni ha? Kau tau tak kau tu dah kerja, nanti terlambat plak, cepat bagun, siap!” teriak puan zie di hadapan pintu bilik anak sulungnya itu. Hish! Nasib badanlah oi dapat anak perempuan yang liat bangun pagi.
            “yela ma, akak bangun nie..”. scha bangkit dari tempat  ‘beradu’nya dan terus menuju ke bilik air dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Tempat beradulah konon...
            “tengoklah anak abang tu, dari kecik sampailah dah tua bangka asyik liat nak bangun pagi. Entah apa ntah yang dibuatnya malam tadi dengan mira. Disuruh tidur cepat ada sahaja alasannya”. Leter puan zie.
                “ala, macamlah awak tak tau dia ikut perangai siapa... awak  tak nampak ke perangai awak ditirunya masa awak anak dara dulu. Dah kahwin ngan saya pun perangai awak tetap sama.haha...lagipun, dia tu kan dah besar panjang, dah kerja dah pun, awak tak usahlah pandang budak tu kecik lagi, nanti sampai bila-bila pun dia tak matang tau!”. Bidas suaminya. Encik Wan Kamarozaman a.k.a pak wan. Beliau merupakan pesara tentera. Tetapi beliau masih berumur 46 tahun kerana pencen awal setelah berkhidmat selama 22 tahun. Walaupun beliau adalah pesara tentera, tetapi beliau adalah bapa yang penyayang dan tidak mengikut protokol tentera dalam mendidik anak-anaknya. Huish selamat!hehe..
“Marilah....bersama..jalani cinta kita apa adanya, saling mengerti dan sudi menerima.. kita manusia biasa..”. scha sempat lagi menyumbangkan suaranya yang sumbang dengan menyanyikan lagu cinta ini dari Dato’ Siti Nurhaliza. Adoiyai... sungguh manis sekali scha apabila mengenakan baju kurung berwarna biru pada hari ini. Almaklumlah anak dara zaman sekarang memang payah nak pakai baju kurung kecualilah jika ada majlis kahwin atau majlis-majlis yang lain. Ha! time tu lah masing-masing nak tunjuk diri dorang hebat. Termasuklah anak dara yang seorang ni..baju kurung sudah semestinya uniform untuk ke sekolah. Ha scha ni seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di bandaraya kuala lumpur. Walaupun otaknya gila-gila dan mereng tapi boleh lah juga di gunapakai.
            “hmm, boleh tahan juga ek aku ni...hehe...”. perasanlah pulak...                                         “mama...papa...akak gerak dulu...”. kata scha sambil bersalam dengan ibu bapanya.
            “bawa kereta tu elok-elok, tengok kiri kanan, jangan kau bawak laju-laju. Paham tak ni?”. Adoi, macam biasa iklan dari penaja khas berkumandang..hikhik
 “paham ma! Ok bye”. Scha menaiki keretanya yang comel dan terus memecut laju...agak2nya pesanan penaja dari mamanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri...hampeh!. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...