Wednesday, January 4, 2012


Bab 3



Pintu bilik dikunci. Badannnya direbahkan dikatil.
“hahhhh!!! Macam bengong arh... macam mane aku boleh langgar kereta mamat tu...”.keluh scha.
Dia memandang kipas yang berada betul-betul di pandangannya. Fikirannya melayang memikirkan kejadian yang memalukan dan mengerikan tengahari tadi.
DEBUSHHH!!!
            “arggghhhh!!!”. Jerit pula anak dara berdua ni. Mereka terkejut dengan apa yang sedang berlaku terutamanya scha sebab dia yang memandu. Tanpa disangka scha, dia telah melanggar sebuah kereta mercedes sport. Adoi kantoi sudah...
            Sejurus kemudian mereka melihat satu makluk tuhan keluar dari perut kereta mewah yang dilanggarnya itu. Seorang lelaki dalam lingkungan lewat 20-an sedang berjalan menuju kearah kereta yang dipandu oleh wanita yang melanggar keretanya. Adoi..hensemnya mamat nie...sempat lagi scha menggatal. Hish...
            Scha dan mimie pun keluar dari perut kereta mereka juga...yelah, sudah langgar kereta orang so kenalah bertanggungjawab. Mana boleh duduk dalam kereta saja tapi misalnya scha saja yang ada pada waktu itu...hah! takkan dia berani nak keluar dari kereta itu .al-maklumlah...zaman sekarang macam-macam boleh berlaku...ramai yang nak  ambil kesempatan pada wanita-wanita yang keseorangan memandu di jalan raya.  Boleh pula si mimi ni buat muka toya apabila berdepan dengan lelaki itu. Scha pula dah longgar lutut nampaknya. Lelaki itu makin menghampiri...
            “hey saudari... kau tak nampak ke kereta aku besar kat depan tu? Yang kau pergi ‘cium’ buntut kereta aku tu apa hal??. Ke kau buta?, pelik betullah macam mana jpj boleh luluskan lesen memandu kau ni...”. Sembur lelaki tu. Memang tak bagi peluang langsung kepada scha untuk bagi salam ke apa.
            Scha dan mimie bergerak ke bahagian depan kereta untuk melihat kecederaan yang telah berlaku pada kereta itu. Ek eleh tak lah teruk sangat...Cuma lampu kereta kat part signal side kiri je pecah...mamat nie je yang over sangat...hampes...
            “eyh...takkan nak pandang je kereta tu...bayarlah cepat... tak pun kita settle kat balai ‘abang’ awak (balai polis)”. Gertak lelaki tu.
            “amboi...amboi...amboi...eyh encik...sedap btol encik berkata-katakan?..saya tahulah saya dah langgar kereta encik tapi biarlah beradab sikit kalau bercakap dengan saya. Tak payahlah encik nak tunjuk samseng pula dengan saya. Baik... saya malas nak bertekak dengan encik so kita settle dengan cara yang baik lagi profesional... saya akan bayar ganti rugi tapi bukan sekarang sebab saya tak ‘cucuk ‘ lagi. So, apa kata encik tinggal apa-apa alamat atau account number bank encik untuk permudahkan saya membayar ganti rugi ni! “.
Scha mengalah dengan lelaki ni...biarlah dia jatuhkan sikit egonya bukan luak pun daripada dia terpaksa menapak kat situ lama-lama dan menghadap muka lelaki yang tiada adab langsung bila bercakap dengan perempuan. Hah nilah dikatakan lelaki yang perasan bagus. Huh!
            “mampu ke kau nak bayar balik? Ok... aku pun nak termuntah tengok muka kau lama-lama kat sini. Nah! Ambil ni...(kad bisnes). Esok tengahari kau datang dan settlekan ganti rugi. Paham???” sengaja lelaki  itu mengeraskan lagi ton suaranya. Keret betul mamat ni. Tanpa membuang masa lelaki itu menaiki keretanya semula dan terus memecut laju kereta itu meninggalkan wanita-wanita yang tengah terkedu di tepi jalan...aduhai..sedih bebenor lihat muka seposen dorang.
            Nasib baik kereta kelisanya yang comelnya itu hanya calar sahaja. Wah!! Boleh tahan juga ek kereta aku ni...hehe...kalau apa-apa berlaku pada kau wahai kelisa, naya hidup aku nak kena jawab dengan pak wan kat rumah tu nanti.
Scha menoleh kearah mimie dan mereka saling berpandangan.
“eyh beb...jangan pandang aku macam tu... ngeri dowh...aku bukan tak nak tolong kau tadi tapi aku tak boleh lepas dari memandang muka dia, hensem gila dowh...hehe...peace”. mimie memberi alasan yang sangat meluatkan dan membuat tanda keamanan. Takut juga dia kalau scha dah naik hantu. Adui....yang aku pun satu, member dalam kesusahan, aku boleh buat dek ja...err...jangan marah eh scha...nanti aku belanja ais krim. Hehe




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...