madahku....
tinggalkan ku keseorangan...
mengapa....?
mengapa kau tinggalkan aku setelah kau berjaya mencuri hatiku...?
mengapa kau tinggalkan aku setelah kau beria-ria mengajarku erti kehidupan?
mengapa kau tinggalkan aku setelah kau mengajarku untuk menyayangimu,
mencintaimu, dan merinduimu selalu.?
tidakkah kau ingat akan kenangan kita bersama?
bergelak ketawa bersama, kongsi cerita bersama...dan sebagainya.
aku bosan.....
selama dua tahun lebih aku bersama kau setiap detik walaupun kita tidak pernah
berjumpa, namun aku tetap merasakan bahawa kau sentiasa berada disampingku selalu...
kaulah temanku, kaulah kawanku, kaulah pendengarku yang setia....tapi itu dulu...
kaulah musuhku, kaulah tempat ku menangis, kaulah temanku untuk bergaduh....tapi itu dulu...
segalanya telah berubah setelah kau tinggalkan aku tanpa bicara...
sukarkah bagi kau untuk menjelaskannya?
hah, kau kejam!! kau dayus...kau pendusta...
disebabkan kau aku juga turut berubah....
disebabkan kau, aku benci insan yang bernama lelaki...
aku tidak lagi mempercayai lelaki...
ya, aku tahu tak semua lelaki itu seperti kau...
tapi...aku tak mahu mereka dikecewakan kerana aku tahu...
walaupun aku bersama mereka aku akan buat mereka kecewa dilain hari...
ia semata-mata untuk aku lepaskan amarah bila terkenangkan kau....
biarlah aku keseorangan dari merana dilain hari...
biarkan aku keseorangan seperti mana sebelum aku mengenali kau...
biarkan diriku direndam dengan kebencian...
pergilah wahai bayang-bayangmu yang mengekoriku walaupun kau sudah meninggalkanku...
hilangkannya dari mindaku, dari hatiku dan dari perasan serta jiwaku...
selamat tinggal.............................................................................................R.A.F.
No comments:
Post a Comment